Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan

Kata Pengantar Oleh Ustaz Azhar Idrus

Mudah-mudahan dengan terbitnya buku ini di pasaran, masyarakat Islam dapat mengambil manfaat dan ilmu pengetahuan yang berguna. Pesanan saya kepada umat Islam terutamanya generasi muda, perdalamkanlah ilmu pengetahuan Islam, agar ia dapat diketengahkan di dalam bentuk amalan yang berpanjangan demi mencari keredaan dan keampunan Allah Taala.

Ramadan : Madrasah Tarbiah

Ramadhan menjanjikan suatu madrasah tarbiah yang bermakna buat para hamba Allah s.w.t., kerana di dalamnya, para hambaNya dapat melatih diri dalam menjaga niat dan keikhlasan kepadaNya dalam setiap amalan.

Secangkir Bicara : Al-Fadhil Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Sa’d. Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan ar-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya"

Wednesday 18 July 2012

Kelebihan Ramadan dan Orang Yang Berpuasa

RAMADAN datang lagi. Umat Islam di seluruh dunia kini begitu sibuk beribadah, termasuk menggandakan ibadat pada bulan yang mulia ini. Ramadan amat sinonim dengan salah satu daripada Rukun Islam iaitu berpuasa.Ibadat yang mempunyai seribu satu macam rahsia dan hikmah. Begitu juga ia membawa kepada banyak pahala dan keuntungan bagi mereka yang berpuasa serta melakukan ketaatan pada bulan Ramadan.

Friday 13 July 2012


SENARAI WAKIL PENGEDAR


PENGEDAR UTAMA







TELAGA BIRU SDN. BHD. (Co. No. 429118-A)
28, Jalan Tembaga SD 5/2A,
Sri Damansara Industrial Park,
52200 Kuala Lumpur

E-mail : admin@telagabiru.net.my 
Telephone : 03-62754070 
Fax : 03-62754110 
Website : http://www.telagabiru.net.my
_____________________________________________________

1. PERLIS
    Nama :
    No. Telefon :

2. KEDAH
    Nama : Mohd Fauzi Ibrahim
    No. Telefon : 019-4002430

3. PULAU PINANG
    Nama : Asril
    No. Telefon : 013-4898289

4. PERAK
    Nama : Arman
    No. Telefon : 013-4842860

5. SELANGOR
    Nama : Saipuddin - 0122837109
    Nama : Zainudin (Sedang, Sg Besi, Kajang) - 019-6021721
    Nama : Harmi (Bangi) - 019-2121972
  
6. WILAYAH PERSEKUTUAN KL
    Nama : Mohamad
    No. Telefon : 0196634282

7. MELAKA
    Nama : Adnan
    No. Telefon : 013-6501179

8. NEGERI SEMBILAN
    Nama :
    No. Telefon :

9. JOHOR
    Nama : Ust Md Isa
    No. Telefon : 0137647593

10. PAHANG
      Nama : Ujang Asrol Ibrahim 
      No. Telefon : 017-7949103

11. TERENGGANU
      Nama : Hisyamuddin (Kerteh) - 019-9115792
      Nama : Abd Manan (Kemaman) - 013-9818619
      Nama : Kuala Terengganu (K.Terengganu) - 019-9316787

12. KELANTAN
      Nama :
      No. Telefon :
  
13. SABAH
      Nama :
      No. Telefon :

14. SARAWAK
      Nama :
      No. Telefon :





Syarikat Al-Nour Enterprise (001754394-V)



Penasihat Syariah | Dato' Syeikh Hj. Abdul Halim Abdul Kadir
                             Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM)

Penulis | Ustaz Mohd Noor Mohamad Endut

Pembaca Pruf | Syahrina Ibrahim

Editor | Syahrina Ibrahim

Designer | Mohd Azmir Maideen

Perpustakaan Negara Malaysia
Data Pengkatalogan
ISBN : 978-967-11275-0-6
@Mohd Noor Mohamad

Cetakan Pertama | Syaaban/Jun 2012 

PENGENALAN

Secara umumnya, kita dapati para alim ulama sejak dahulu hingga sekarang banyak menulis kitab berkenaan dengan puasa Ramadan dan hukum hakamnya. Ia ditulis di dalam bentuk bab di dalam khazanah kitab Fiqah yang besar. Ada juga kitab -kitab tersebut yang dikarang khusus membicarakan tentang bab puasa. Kitab-kitab tersebut telah memenuhi rak-rak kedai buku untuk keperluan masyarakat Islam mendalami ilmu yang berkaitan dengan ibadat puasa dan perkara-perkara yang lain.

Buku yang bertajuk “Ensiklopedia Ramadan” ini adalah kumpulan tajuk atau bab yang membicarakan tentang bulan Ramadan dan setiap perkara yang berkaitan dengannya. Ensiklopedia bermaksud himpunan sesuatu tajuk yang hendak dibicarakan. Ulama di zaman sekarang banyak menulis buku dengan menghimpunkan tajuk itu dan dibicarakan secara terperinci.

Buku ini sedaya upaya menghimpunkan tajuk-tajuk yang ada hubungkait dengan bulan Ramadan. Oleh yang demikian, ianya tidak tertumpu kepada ibadat puasa sahaja. Ianya bermula daripada perbahasan berkenaan al-Quran secara panjang lebar hingga kepada bab zikir. Di samping itu, buku ini padat dengan maklumat dan motivasi yang semestinya diketahui oleh setiap Muslim yang berpegang dengan agamanya. Begitu juga dengan peristiwa dan peperangan yang berlaku di dalam sejarah Islam.

Pengarang juga meletakkan gambar-gambar para Alim Ulama dan foto-foto yang menarik untuk tatapan para pembaca yang  prihatin. Ini supaya mereka dapat mengenali secara dekat ulama-ulama bagi ummah ini yang membawa obor-obor Islam di seluruh pelusuk dunia. Tujuannya untuk mempopularkan mereka supaya para ulama ini menjadi idola kepada masyarakat Islam masakini. 

Ini semua, sebagai pengetahuan khas untuk para pembaca supaya mereka dapat mengenali para ulama secara lebih dekat. Ulama adalah pewaris ilmu para Rasul dan Nabi A.S. Merekalah sebenarnya yang bertungkus-lumus membawa panji-panji Islam di dalam masyarakat manusia semenjak kewafatan Rasulullah S.A.W.. Dikatakan: Melihat kepada wajah ulama itu adalah ibadah.

Kesemua tajuk yang diutarakan dalam kitab ini dirangkum dan dihimpun berdasarkan kepada susunan huruf abjad. Oleh itu, manhaj atau cara penulisan yang digunakan di dalam buku ini adalah mungkin berlainan dengan buku-buku agama yang sedia ada di pasaran.

Manhaj yang ditulis ini sebenarnya bertujuan untuk memudahkan lagi para pembaca menyemak dan mengenalpasti tajuk-tajuk  sebagaimana yang terdapat di dalam kandungan buku ini. Oleh yang demikian, ianya disusun dan diatur mengikut huruf abjad.

Akhir kata, segala yang baik dan sempurna  itu datang dari Allah Azza Wa Jalla dan kekurangan  itu datangnya dari hamba yang kerdil ini. Oleh itu, saya amat mengalu-alukan sebarang teguran membina dan cadangan yang bernas terhadap penulisan yang dhaif ini jika sekiranya ada yang menyimpang  daripada manhaj sebenar. Ini kerana manusia tidak maksum dari dosa dan kesalahan kecuali para Nabi dan Rasul a.s.

Begitu juga saya mengalukan sebarang teguran kalau tersilap dari segi fakta yang benar dan diyakini, kaedah  keilmuan Islam, methodologi, disiplin para ulama  dan sebagainya. Semua kitab selain al-Quran tidak maksum (terpelihara) dari sebarang kesilapan dan kesalahan. Mudah-mudahan cadangan dan teguran tadi menjadi penambahbaikan kepada buku ini ke arah yang lebih baik dan sempurna.

Oleh yang demikian, sama-samalah kita berkongsi ilmu dan maklumat dengan memartabatkannya di dunia yang fana ini untuk  kebaikan umat Islam sejagat di dunia dan akhirat. Semoga kita menjadi tentera Allah dengan menjadi teras dan benteng  mempertahankan agama yang suci ini dan memeliharanya  agar cahayanya berkemilauan di alam buana ini. 

Mudah-mudahan dengan usaha yang kecil ini dapat memberi manfaat kepada umat Islam seluruhnya di dalam mendalami ibadah kepada Allah Taala.

Wassalam.
Hamba Allah Yang Fakir & Hina,
Mohammad Noor Mohammad

Thursday 12 July 2012

PROFIL PENULIS

Mohd Noor bin Mohamad bin Endut merupakan anak kelahiran Kampung Teluk Pasu, Manir, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Beliau mendapat pendidikan awal di Sek. Keb Manir. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di SMU Sultan Zainal Abidin, Ladang, Kuala Terengganu dan seterusnya SMU(A)SZA, Batu Buruk, Kuala Terengganu di dalam aliran Thanawi. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Universiti al-Azhar, cawangan Tanta, Mesir di dalam bidang Syariah Islamiah dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda (B.A Hons) dengan pangkat Jayyid Jiddan. Dengan keazaman dan minat yang tinggi terhadap ilmu beliau meneruskan pengajian di Universiti Terbuka Amerika, cawangan Mesir di dalam bidang Syariah dan memperolehi Ijazah Sarjana (M.A) pada tahun 2003. Sekarang beliau sedang menyiapkan tesis di peringkat PhD di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di dalam bidang Fiqh dan Usul.

Lot 1565-9 Kg. Padang Balang, Batu 4 1/2, 51000 Sentul, Kuala Lumpur

Syarikat Al-Nour Enterprise (001754394-V)
Lot 1565-9 Kg. Padang Balang,
Batu 4 1/2, 51000 Sentul,
Kuala Lumpur

No Tel | 019-6634282 / 019-2104282
Emel | mnoorsaf@yahoo.com
Laman Web | www.ensiramadhan.blogspot.com
Facebook | facebook/EnsiklopediaRamadan

Thursday 7 June 2012

Secangkir Bicara : Ensiklopedia Ramadan

Dengan  lafaz Bismillah dan Alhamdulillah, ku mulai coretan  ini untuk memohon keberkatan  dan limpah rahmat yang berkekalan agar tulisan ini diterima sebagai amalan yang  soleh dan diberkati serta mengikut telunjuk manusia yang terpuji Muhammad saw yang memulakan coretan atau surat dengan lafaz Bismillah. Ini sebagaimana hadis nabi yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah r.a :