Thursday 12 July 2012

PROFIL PENULIS

Mohd Noor bin Mohamad bin Endut merupakan anak kelahiran Kampung Teluk Pasu, Manir, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Beliau mendapat pendidikan awal di Sek. Keb Manir. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di SMU Sultan Zainal Abidin, Ladang, Kuala Terengganu dan seterusnya SMU(A)SZA, Batu Buruk, Kuala Terengganu di dalam aliran Thanawi. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Universiti al-Azhar, cawangan Tanta, Mesir di dalam bidang Syariah Islamiah dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda (B.A Hons) dengan pangkat Jayyid Jiddan. Dengan keazaman dan minat yang tinggi terhadap ilmu beliau meneruskan pengajian di Universiti Terbuka Amerika, cawangan Mesir di dalam bidang Syariah dan memperolehi Ijazah Sarjana (M.A) pada tahun 2003. Sekarang beliau sedang menyiapkan tesis di peringkat PhD di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di dalam bidang Fiqh dan Usul.

0 comments:

Post a Comment