Wednesday 18 July 2012
Kelebihan Ramadan dan Orang Yang Berpuasa
15:42
No comments
RAMADAN datang lagi. Umat Islam di seluruh dunia kini begitu sibuk beribadah, termasuk menggandakan ibadat pada bulan yang mulia ini. Ramadan amat sinonim dengan salah satu daripada Rukun Islam iaitu berpuasa.Ibadat yang mempunyai seribu satu macam rahsia dan hikmah. Begitu juga ia membawa kepada banyak pahala dan keuntungan bagi mereka yang berpuasa serta melakukan ketaatan pada bulan Ramadan.
Friday 13 July 2012
15:19
No comments
SENARAI WAKIL PENGEDAR
PENGEDAR UTAMA
TELAGA BIRU SDN. BHD. (Co. No. 429118-A)
28, Jalan Tembaga SD 5/2A,
Sri Damansara Industrial Park,
52200 Kuala Lumpur
E-mail : admin@telagabiru.net.my Telephone : 03-62754070
Fax : 03-62754110
Website : http://www.telagabiru.net.my
_____________________________________________________
1. PERLIS
Nama :
No. Telefon :
2. KEDAH
Nama : Mohd Fauzi Ibrahim
No. Telefon : 019-4002430
3. PULAU PINANG
Nama : Asril
No. Telefon : 013-4898289
4. PERAK
Nama : Arman
No. Telefon : 013-4842860
5. SELANGOR
Nama : Saipuddin - 0122837109
Nama : Zainudin (Sedang, Sg Besi, Kajang) - 019-6021721
Nama : Harmi (Bangi) - 019-2121972
Nama : Zainudin (Sedang, Sg Besi, Kajang) - 019-6021721
Nama : Harmi (Bangi) - 019-2121972
6. WILAYAH PERSEKUTUAN KL
Nama : Mohamad
No. Telefon : 0196634282
7. MELAKA
Nama : Adnan
No. Telefon : 013-6501179
8. NEGERI SEMBILAN
Nama :
No. Telefon :
9. JOHOR
Nama : Ust Md Isa
No. Telefon : 0137647593
10. PAHANG
Nama : Ujang Asrol Ibrahim
No. Telefon : 017-7949103
11. TERENGGANU
Nama : Hisyamuddin (Kerteh) - 019-9115792
Nama : Abd Manan (Kemaman) - 013-9818619
Nama : Kuala Terengganu (K.Terengganu) - 019-9316787
Nama : Abd Manan (Kemaman) - 013-9818619
Nama : Kuala Terengganu (K.Terengganu) - 019-9316787
12. KELANTAN
Nama :
No. Telefon :
13. SABAH
Nama :
No. Telefon :
14. SARAWAK
Nama :
No. Telefon :
15:01
1 comment
Syarikat Al-Nour Enterprise (001754394-V) |
Penasihat Syariah | Dato' Syeikh Hj. Abdul Halim Abdul Kadir
Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM)
Penulis | Ustaz Mohd Noor Mohamad Endut
Pembaca Pruf | Syahrina Ibrahim
Editor | Syahrina Ibrahim
Designer | Mohd Azmir Maideen
Perpustakaan Negara Malaysia
Data Pengkatalogan
ISBN : 978-967-11275-0-6
@Mohd Noor Mohamad
Cetakan Pertama | Syaaban/Jun 2012
14:46
No comments
PENGENALAN
Secara umumnya, kita dapati para alim ulama sejak dahulu hingga sekarang
banyak menulis kitab berkenaan dengan puasa Ramadan dan hukum hakamnya. Ia
ditulis di dalam bentuk bab di dalam khazanah kitab Fiqah yang besar. Ada juga
kitab -kitab tersebut yang dikarang khusus membicarakan tentang bab puasa. Kitab-kitab
tersebut telah memenuhi rak-rak kedai buku untuk keperluan masyarakat Islam
mendalami ilmu yang berkaitan dengan ibadat puasa dan perkara-perkara yang lain.
Buku yang bertajuk “Ensiklopedia Ramadan” ini adalah kumpulan tajuk atau
bab yang membicarakan tentang bulan Ramadan dan setiap perkara yang berkaitan
dengannya.
Ensiklopedia bermaksud himpunan sesuatu tajuk yang hendak dibicarakan. Ulama di
zaman sekarang banyak menulis buku dengan menghimpunkan tajuk itu dan
dibicarakan secara terperinci.
Buku
ini sedaya upaya menghimpunkan tajuk-tajuk yang ada hubungkait dengan bulan
Ramadan. Oleh yang demikian, ianya tidak tertumpu kepada ibadat puasa sahaja.
Ianya bermula daripada perbahasan berkenaan al-Quran secara panjang lebar
hingga kepada bab zikir. Di samping itu, buku ini padat dengan maklumat dan
motivasi yang semestinya diketahui oleh setiap Muslim yang berpegang dengan
agamanya. Begitu juga dengan peristiwa dan peperangan yang berlaku di dalam
sejarah Islam.
Pengarang juga meletakkan gambar-gambar para Alim Ulama dan foto-foto
yang menarik untuk tatapan para pembaca yang prihatin. Ini supaya mereka dapat mengenali
secara dekat ulama-ulama bagi ummah ini yang membawa obor-obor Islam di seluruh
pelusuk dunia. Tujuannya untuk mempopularkan mereka supaya para ulama ini
menjadi idola kepada masyarakat Islam masakini.
Ini
semua, sebagai pengetahuan khas untuk para pembaca supaya mereka dapat mengenali
para ulama secara lebih dekat. Ulama adalah pewaris ilmu para Rasul dan Nabi
A.S. Merekalah sebenarnya yang bertungkus-lumus membawa panji-panji Islam di
dalam masyarakat manusia semenjak kewafatan Rasulullah S.A.W.. Dikatakan:
Melihat kepada wajah ulama itu adalah ibadah.
Kesemua
tajuk yang diutarakan dalam kitab ini dirangkum dan dihimpun berdasarkan kepada
susunan huruf abjad. Oleh itu, manhaj atau cara penulisan yang digunakan di
dalam buku ini adalah mungkin berlainan dengan buku-buku agama yang sedia ada
di pasaran.
Manhaj
yang ditulis ini sebenarnya bertujuan untuk memudahkan lagi para pembaca
menyemak dan mengenalpasti tajuk-tajuk
sebagaimana yang terdapat di dalam kandungan buku ini. Oleh yang
demikian, ianya disusun dan diatur mengikut huruf abjad.
Akhir
kata, segala yang baik dan sempurna itu
datang dari Allah Azza Wa Jalla dan kekurangan
itu datangnya dari hamba yang kerdil ini. Oleh itu, saya amat
mengalu-alukan sebarang teguran membina dan cadangan yang bernas terhadap
penulisan yang dhaif ini jika sekiranya ada yang menyimpang daripada manhaj sebenar. Ini kerana manusia
tidak maksum dari dosa dan kesalahan kecuali para Nabi dan Rasul a.s.
Begitu
juga saya mengalukan sebarang teguran kalau tersilap dari segi fakta yang benar
dan diyakini, kaedah keilmuan Islam,
methodologi, disiplin para ulama dan
sebagainya. Semua kitab selain al-Quran tidak maksum (terpelihara) dari
sebarang kesilapan dan kesalahan. Mudah-mudahan cadangan dan teguran tadi
menjadi penambahbaikan kepada buku ini ke arah yang lebih baik dan sempurna.
Oleh
yang demikian, sama-samalah kita berkongsi ilmu dan maklumat dengan
memartabatkannya di dunia yang fana ini untuk
kebaikan umat Islam sejagat di dunia dan akhirat. Semoga kita menjadi
tentera Allah dengan menjadi teras dan benteng
mempertahankan agama yang suci ini dan memeliharanya agar cahayanya berkemilauan di alam buana ini.
Mudah-mudahan dengan usaha yang kecil ini dapat memberi manfaat kepada
umat Islam seluruhnya di dalam mendalami ibadah kepada Allah Taala.
Wassalam.
Hamba Allah Yang Fakir & Hina,
Mohammad Noor Mohammad
Thursday 12 July 2012
16:15
No comments
PROFIL PENULIS
Mohd Noor bin Mohamad bin Endut merupakan anak kelahiran Kampung Teluk Pasu, Manir, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Beliau mendapat pendidikan awal di Sek. Keb Manir. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di SMU Sultan Zainal Abidin, Ladang, Kuala Terengganu dan seterusnya SMU(A)SZA, Batu Buruk, Kuala Terengganu di dalam aliran Thanawi. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Universiti al-Azhar, cawangan Tanta, Mesir di dalam bidang Syariah Islamiah dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda (B.A Hons) dengan pangkat Jayyid Jiddan. Dengan keazaman dan minat yang tinggi terhadap ilmu beliau meneruskan pengajian di Universiti Terbuka Amerika, cawangan Mesir di dalam bidang Syariah dan memperolehi Ijazah Sarjana (M.A) pada tahun 2003. Sekarang beliau sedang menyiapkan tesis di peringkat PhD di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di dalam bidang Fiqh dan Usul.
12:12
No comments
Syarikat Al-Nour Enterprise (001754394-V)
Lot 1565-9 Kg. Padang Balang,
Batu 4 1/2, 51000 Sentul,
Kuala Lumpur
No Tel | 019-6634282 / 019-2104282
Emel | mnoorsaf@yahoo.com
Laman Web | www.ensiramadhan.blogspot.com
Facebook | facebook/EnsiklopediaRamadan
Subscribe to:
Posts (Atom)